Khamis, 2 April 2015

Ku Li,Tun M Mahu Najib Dedah Kebenaran

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan veteran UMNO telah melontarkan pandangan yang sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitandengan beberapa teguran bekas perdana menteri itu kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
 

Ku Li,Tun M Mahu Najib Dedah Kebenaran, info, terkini, berita, sensasi, Najib Razak,


Razaleigh juga rasa yakin bahawa  Dr Mahathir mempunyai alasan kukuh disebalik kritikan terbukanya blog chedet.cc.
"Sudah tiba masanya agar jawapan sebenar diberikan…kebenaran perlu didedahkan.

"Saya yakin Dr Mahathir mempunyai alasan untuk berkata demikian. Beliau orang lama, pastinya tahu isu yang berlaku dengan baik," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Dr Mahathir baru-baru ini telah mengkritik dan membuat ramalan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang sekiranya BN dan Umno masih dibawah kempimpinan Najib.

Selain itu, Dr Mahathir juga telah membangkitkan beberapa isu kontroversi yang menyelubungi pentadbiran Najib termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
Ku Li juga berkata,  semua pihak harus melihat kritikan Dr Mahathir dari sudut positif dan bukan hanya pada yang tidak baik sahaja. 

"Beliau hanya mencari jawapan. Dr Mahathir mahu mengetahui kebenaran di sebalik semua yang berlaku," katanya.

Sebelum ini, usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen, Razaleigh juga dengan lantang pernah mengkritik apa yang telah berlaku di dalam kepimpinan Najib dan mempersoalkan status ekonomi terutama sekali isu berkaitan dengan jumlah hutang yang ditanggung negara ketika ini.

Malah Tengku Razaleigh yang dianggap paling lama berkhidmat sebagai ahli parlimen itu turut mengulangi gesaannya supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


Sumber : mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan