Rabu, 1 April 2015

Ungku Ismail Mengaku Sudah Ada Kekasih

Dikhabarkan bahawa dalam diam-diam hero Drama Teman Lelaki Upahan iaitu Ungku Ismail sudah pun mempunyai kekasih hati. Sebelum ini, beliau pernah meluahkan rasa kekok apabila berlakon bersama dengan tunang orang. 


Ungku Ismail Mengaku Sudah Ada Kekasih, info, terkini, gosip, hiburan, sensasi, Ungku Ismail

Apa pun, belum ada sebarang kepastian siapakah gerangan wanita bertuah ini yang telah berjaya menawan hati Ungku Ismail. Adakah wanita yang dipilih itu merupakan orang kebanyakkan atau pun dari kalangan bidang seni? 


Ungku Ismail Mengaku Sudah Ada Kekasih, info, terkini, gosip, hiburan, sensasi, Ungku Ismail

Jika ditakdirkan wanita bertuah ini juga dari kalangan pelakon, pemilik nama Ungku Ismail pasti rasa gembira kerana jika ada rezeki mungkin boleh bergadingan dalam bidang lakonan tanpa rasa kekok.

Dikhabarkan juga yang Ungku Ismail pernah bercinta dengan rakan artis iaitu Zarina Zainoordin sebelum ini namun kisah percintaan mereka gagal di pertengahan jalan.Terdapat juga khabar angin yang mengatakan kekasih baru Ungku Ismail bukan berasal dari negara kita.


Ungku Ismail Mengaku Sudah Ada Kekasih, info, terkini, gosip, hiburan, sensasi, Ungku Ismail

Ungku juga menyatakan yang risiko bercinta jarak jauh adalah sangat besar dan mencabar kerana pelbagai dugaan perlu ditempuhi.


    “Hubungan kami berlangsung secara jarak jauh, tapi dia seorang yang matang dan memahami kerjaya saya. Bagaimanapun, hati perempuan mana yang tak cemburu terutama apabila melihat babak intin antara saya dengan Elizad dalam drama itu. Sedikit sebanyak perasaan itu ada juga padanya, tapi kerana hubungan kami berlaku secara on and off, jadi saya tidak ambil kisah sangat.”

Sumber : gosipmalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan