Selasa, 31 Mac 2015

Kisah sebenar video gadis mengamuk

Kecoh di laman sosial hari ini apabila insiden amuk di antara sekumpulan wanita dan seorang pemandu teksi menjadi topik perbualan hangat netizen.


Kisah sebenar video gadis mengamuk, info, terkini, berita, sensasi, viral

Kebanyakkan pengguna Facebook rata-ratanya menunding jari terhadap kumpulan wanita berkenaan kerana video pertama yang tersebar memperlihatkan mereka bersikap biadap terhadap pemandu teksi terbabit.

Namun, perkara sebenarnya yang berlaku adalah dikatakan berpunca daripada pemandu teksi terbabit.

Di Facebook Oh Media, sebuah rakaman video yang lain dari pihak kumpulan wanita ada menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden terbabit.

Menurutnya, pemandu teksi tersebut pada mulanya telah melanggar secara tidak sengaja kereta kumpulan wanita terbabit.

Kisah sebenar video gadis mengamuk, info, terkini, berita, sensasi, viral

Kemudian berlakulah kekecohan seketika sehingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.

Dikatakan, pemandu teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.

Pemandu teksi terbabit dikatakan telah melepaskan geramnya disebabkan ‘mulut’ salah seorang daripada kumpulan wanita berkenaan didakwa agak kurang ajar.

Namun, melihatkan perkara ini, pemandu teksi terbabit tidak sepatutnya menggunakan kekerasan sebegini kerana ia secara terang-tarangan berpunca dari dirinya.

Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita yang tercedera ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu teksi tersebut sehingga berdarah di hidungnya. menurut sumber Mynewshub.


Sumber : kualalumpurpost.net

Kereta Bergesel, Sekumpulan Gadis Maki Hamun Pak Haji

Sebuah video sekumpulan gadis muda mengamuk di stesen minyak Petron tersebar di media sosial baru sebentar tadi.


Video Kereta Bergesel, Sekumpulan Gadis Maki Hamun Pak Haji, info, terkini, berita, viral

Difahamkan kejadian itu berlaku berpunca dari berlakunya pergeselan antara kereta kedua-dua belah pihak.

Bagaikan tidak dapat mengawal perasaan marah, pemilik kereta Perodua Myvi bernombor pendaftaran WWC 1402 mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa.

Keadaan bertambah buruk apabila rakan-rakannya turut melemparkan kata-kata makian terhadap mangsa.

Video Kereta Bergesel, Sekumpulan Gadis Maki Hamun Pak Haji, info, terkini, berita, viral

 Tindakan mangsa yang merakam video kejadian itu juga diserang oleh salah seorang rakannya menyebabkan seorang lelaki bergelar Pak Haji hilang sabar dan cuba membalas balik perbuatan gadis berkenaan. Namun dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Enggan memanjangkan lagi masalah, kedua-dua pihak melaporkan perkara itu di balai polis berdekatan.


Sumber : thehypemedia

Felixia Yeap Mengamuk Tudungnya Dikritik

Felixia Yeap merupakan seorang gadis yang dulunya bukan beragama islam seperti sekarang, namun hidayah yang datang selepas beliau memakai tudung. Beliau juga banyak mendapat kritikan yang psotif mahupun negatif tetapi beliau tidak pedulikan sehingga sah menjadi seorang muslim.


 
Felixia Yeap Mengamuk Tudungnya Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, felixia yeap

Malah setiap kali Felixia berkongsi fotonya di laman Instagram mahupun di Facebook, ramai yang memuji kecantikan gadis ini. Namun di sebalik pujian tersebut terselit beberapa komen yang kurang disenangi Felixia.


Felixia Yeap Mengamuk Tudungnya Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, felixia yeap

Alkisahnya sekitar Mac lalu Felixia ada berkongsi foto dirinya shooting bersama dengan Karangkraf. Foto dipercayai diambil pada tahun lalu itu mengundang respon berbeza peminat.

Mungkin dek terlalu lama memendam perasaan, Felixia bertindak membalas komen daripada peminat ini.


Felixia Yeap Mengamuk Tudungnya Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, felixia yeap

Peminat tersebut mungkin berniat ingin menegur cara pemakaian Felixia namun menerusi kapsyen foto terbabit, ia diambil pada tahun lalu di mana di awal penghijrahan Felixia memeluk Islam.

Mungkin ketika itu beliau masih dalam proses belajar dan mengenali Islam dengan lebih mendalam. Buat Felixia harap terus bersabar melayan karenah ‘keyboard warrior’.


Sumber : ohbulan

Siti Elizad Bakal Berkahwin Dengan Seorang Duda

Nama Siti Elizad sudah agak lama berada dalam industri lakonan tempatan tetapi baru sekarang mula mendapat perhation umum setelah bakat beliau dalam bidang lakonan menampakkan peningkatan menerusi drama yang diadaptasi dari novel Teman Lelaki Upahan.


 Siti Elizad Bakal Berkahwin Dengan Seorang Duda, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, siti elizad, heroin drama teman lelaki upahan

Seperti juga pelakon-pelakon lain yang baru sahaja menamatkan zaman bujang, Siti Elizad juga menyuarakan hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

    Insya-ALLAH saya akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Kalau ikutkan ia sepatutnya berlangsung April ini, tetapi kerana jadual kerja saya yang padat, ia ditunda ke satu tarikh lain.


Khabarnya, bakal suami Siti Elizad merupkan seorang duda dan merupakah salah seorang pekerja di syarikat permotoran jenama antarabangsa terkenal, Harley Davidson.


 Siti Elizad Bakal Berkahwin Dengan Seorang Duda, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, siti elizad, heroin drama teman lelaki upahan

Elizad juga sempat meluahkan rasa syukur kerana bakal suami adalah seorang yang memahami dan tidak menghalang minat beliau untuk bergiat aktif dalam lakonan selepas mendirikan rumah tangga.

Dia jenis yang tak mengganggu kerja saya. Umur dia sudah 43 tahun dan matang. Kalau sudah berkahwin pun dia tak menghalang untuk saya meneruskan kerjaya lakonan saya ini. Paling penting dia memang tahu saya suka berlakon.


Paling penting bila berkawan dengan lelaki berusia ini, dia tidak datangkan masalah pada saya. Senang cerita cukup susah kami bergaduh walaupun saya jenis senang merajuk.

Jejaka tersebut mempunyai dua orang anak dan sudah lama mengenali lelaki tersebut sebagai rakan abangnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Siti Elizad kerana bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Tidak kisahlah duda ataupun tidak, apa yang penting anda berdua harus jujur, memahami dan bertolak ansur diantara satu sama lain dalam mendirikan rumah tanggan yang bahagia.

Sumber : perihallnegara.blogspot.com