Selasa, 31 Mac 2015

Siti Elizad Bakal Berkahwin Dengan Seorang Duda

Nama Siti Elizad sudah agak lama berada dalam industri lakonan tempatan tetapi baru sekarang mula mendapat perhation umum setelah bakat beliau dalam bidang lakonan menampakkan peningkatan menerusi drama yang diadaptasi dari novel Teman Lelaki Upahan.


 Siti Elizad Bakal Berkahwin Dengan Seorang Duda, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, siti elizad, heroin drama teman lelaki upahan

Seperti juga pelakon-pelakon lain yang baru sahaja menamatkan zaman bujang, Siti Elizad juga menyuarakan hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

    Insya-ALLAH saya akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Kalau ikutkan ia sepatutnya berlangsung April ini, tetapi kerana jadual kerja saya yang padat, ia ditunda ke satu tarikh lain.


Khabarnya, bakal suami Siti Elizad merupkan seorang duda dan merupakah salah seorang pekerja di syarikat permotoran jenama antarabangsa terkenal, Harley Davidson.


 Siti Elizad Bakal Berkahwin Dengan Seorang Duda, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, siti elizad, heroin drama teman lelaki upahan

Elizad juga sempat meluahkan rasa syukur kerana bakal suami adalah seorang yang memahami dan tidak menghalang minat beliau untuk bergiat aktif dalam lakonan selepas mendirikan rumah tangga.

Dia jenis yang tak mengganggu kerja saya. Umur dia sudah 43 tahun dan matang. Kalau sudah berkahwin pun dia tak menghalang untuk saya meneruskan kerjaya lakonan saya ini. Paling penting dia memang tahu saya suka berlakon.


Paling penting bila berkawan dengan lelaki berusia ini, dia tidak datangkan masalah pada saya. Senang cerita cukup susah kami bergaduh walaupun saya jenis senang merajuk.

Jejaka tersebut mempunyai dua orang anak dan sudah lama mengenali lelaki tersebut sebagai rakan abangnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Siti Elizad kerana bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Tidak kisahlah duda ataupun tidak, apa yang penting anda berdua harus jujur, memahami dan bertolak ansur diantara satu sama lain dalam mendirikan rumah tanggan yang bahagia.

Sumber : perihallnegara.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan