Selasa, 31 Mac 2015

Kisah sebenar video gadis mengamuk

Kecoh di laman sosial hari ini apabila insiden amuk di antara sekumpulan wanita dan seorang pemandu teksi menjadi topik perbualan hangat netizen.


Kisah sebenar video gadis mengamuk, info, terkini, berita, sensasi, viral

Kebanyakkan pengguna Facebook rata-ratanya menunding jari terhadap kumpulan wanita berkenaan kerana video pertama yang tersebar memperlihatkan mereka bersikap biadap terhadap pemandu teksi terbabit.

Namun, perkara sebenarnya yang berlaku adalah dikatakan berpunca daripada pemandu teksi terbabit.

Di Facebook Oh Media, sebuah rakaman video yang lain dari pihak kumpulan wanita ada menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden terbabit.

Menurutnya, pemandu teksi tersebut pada mulanya telah melanggar secara tidak sengaja kereta kumpulan wanita terbabit.

Kisah sebenar video gadis mengamuk, info, terkini, berita, sensasi, viral

Kemudian berlakulah kekecohan seketika sehingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.

Dikatakan, pemandu teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.

Pemandu teksi terbabit dikatakan telah melepaskan geramnya disebabkan ‘mulut’ salah seorang daripada kumpulan wanita berkenaan didakwa agak kurang ajar.

Namun, melihatkan perkara ini, pemandu teksi terbabit tidak sepatutnya menggunakan kekerasan sebegini kerana ia secara terang-tarangan berpunca dari dirinya.

Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita yang tercedera ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu teksi tersebut sehingga berdarah di hidungnya. menurut sumber Mynewshub.


Sumber : kualalumpurpost.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan