Jumaat, 3 April 2015

Aksi Diana Danielle Dalam Video Di Sebalik Tabir Majalah GLAM Januari 2015

Siapa tidak kenal dengan Nama Diana Danielle? Saya pasti tentu ramai yang kenal dengan nama itu yang merupakan isteri kepada pelakon hebat Farid Kamil. Namun, rumahtangga pasangan ini telah diuji dengan pelbagai gosip dan kontroversi termasuklah gosip salah faham Diana dengan Nora Danish.


Aksi Diana Danielle Dalam Video Di Sebalik Tabir Majalah GLAM Januari 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi diana danielle

Selain itu, Diana juga pernah menimbulkan kontroversi dimana beberapa keping foto beliau yang agak terdedah dalam salah satu majalah barat  tersebar. Walaupun Diana menjelaskan foto tersebut diambil semasa beliau belum berkahwin namun tetap menerima pelbagai komen dan kecaman.

Terbaru, sekali lagi Diana Danielle dikritik hebat disebabkan pakaian dan aksi beliau dalam satu video sesi fotografi untuk Majalah Glam Edisi Bulan Januari 2015. Dalam video tersebut, Diana kelihatan sangat anggun dengan bebarapa persalinan pakaian namun salah satu pakaian yang beliau gayakan boleh dikatakan sangat terdedah terutama bahagia dada.


Bagi kami, video tersebut agak privasi untuk di muatnaik mahupun dikongsikan dengan umum kerana ia mengandungi aksi yang tidak sepatutunya dipertontonkan terutama bagi golongan bawah umur walaupun video tersebut mungkin bertujuan untuk berkongsi bagaimana sesi fotografi dijalankan.

Dimanakah silapnya? Adakah Diana atau pihak Majalah Glam? Apapun, sebagai artis yang sentiasa menjadi perhatian harus mengambil kira pandagan umum sebelum melakukan sesuatu begitu juga dengan pihak penerbit majalah. Kerana jika tersalah langkah, ia akan menjadi salah satu sebab maruah seseorang aris akan jatuh.

Sumber : beautifulnara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan