Rabu, 1 April 2015

Luahan Hati Awal Ashaari Selepas Kemalangan

Kemalangan jalan raya yang telah melibatkan pengacara terkenal Awal Ashaari beberpa hari lalu telah mendapat perhatian ramai apabila kereta yang dinaiki Awal bersama rakan telah mengalami kerosakan teruk. 


Luahan Hati Awal Ashaari Selepas Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, awal ashaari

Apa yang mengejutkan adalah Awal dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan teruk walaupun kemalangan tersebut boleh dikatakan teruk


Luahan Hati Awal Ashaari Selepas Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, awal ashaari


Apa pun Awal tetap meluahkan rasa bersyukurnya kerana masih diberikan peluang untuk teruskan hidup walaupun beliau seakan mati dan hidup semula selepas sedar dari kemalangan.  Beliau juga mengakui mungkin ada sesuatu yang Tuhan ingin sampaikan kepada dirinya.

“Bagai mati hidup semula, ia benar-benar satu keajaiban jika dilihat pada keadaan kereta yang remuk teruk. Hanya selepas 9 jam menerima rawatan, baru saya bersedia melihat gambar keadaan kereta yang dinaiki (selepas rosak teruk akibat kemalangan)”

“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Ia bagaikan satu keajaiban dan mungkin Allah SWT mahu menyampaikan sesuatu,” ujarnya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Selain rasa bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, Awal Ashaari juga meluahkan rasa bersyukur kerana kemalangan yang terjadi tidak melibatkan isterinya Scha al-Yahya dan anak mereka, Lara Alana.


Luahan Hati Awal Ashaari Selepas Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, awal ashaari

Luahan Hati Awal Ashaari Selepas Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, awal ashaari

Luahan Hati Awal Ashaari Selepas Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, awal ashaari

Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan