Jumaat, 3 April 2015

KPN Menfikan Kenyataan Tun Dr Mahathir

Baru-baru ini, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KPN yang menafikan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan kes bekas komanda, Sirul Azhar Omar atas dakwaan membunuh model dari Mongolia iaitu Altantuya Shaariibuu.


KPN Menfikan Kenyataan Tun Dr Mahathir, info, terkini, berita, sensasi

Tun Dr Mahathir dalam kenyataannya memberitahu polis tidak melakukan sisatan lanjut dan terperinci berhubung dengan kes tersebut.

Walaubagaimana pun, Tan Sri Khalid Abu Bakarjuga Ketua Polis Negara menjelaskan beliau dan polis sudah melakukan siasatan menyeluruh ke atas semua isu-isu berkaitan yang pernah dibangkitkan oleh tertuduh, Sirul.

"Mungkin Tun Dr Mahathir tidak tahu tentang tindakan yang telah kita ambil, dan siasatan yang telah kita dilakukan.

"Kami (polis) telah bertemu Sirul di Australia. Hasil pertemuan itu, kita dapati bahawa tidak ada isu-isu yang perlu disiasat lagi," katanya pada sidang akhbar pada hari Jumaat.

Apabila ditanya sama ada kandungan posting terbaharu bekas Perdana Menteri itu boleh dianggap menghasut, Khalid berkata, "bagi saya, ia tidak."
"Tun Dr Mahathir bukan orang pertama yang membangkitkan isu ini. Ramai lagi berbuat demikian sebelum beliau.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kes ini berlaku lapan tahun lalu dan Sirul mempunyai banyak peluang untuk bangkitkan isu ini, tapi mengapa tunggu hingga kini?" katanya.
Tun Dr Mahathir yang telah menulis di blognya chedet.cc khamis lalu menjelaskan ramai ahli dan pemimpin Umno telah menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak secara membuta tuli dan tanpa usul periksa.

Tambah Dr Mahathir lagi, ramai rakyat dari berbilang kaum tidak lagi mempercaya kepimpinan Najib yang dilihat telah  gagal dalam menjawab pelbagai tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya dan tidak terkecualai dalam kes pembunuhan model Mongolia, kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembelian jet peribadi untuk kegunaan VVIP.

Sumber : mstar online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan