Isnin, 6 April 2015

Siti Elizad Mengaku Sudah Bernikah?

Siti Elizad yang sebelum ini diketahui telah bertunang dengan seorang jejaka yang berstatus duda telah mengejutkan peminat hiburan tanah air. Ini kerana Elizad pernah menyatakan kesediaannya untuk menamatkan zaman bujangnya dalam tahun ini namun laporan akhbar hari ini agak mengejutkan.


Siti Elizad Mengaku Sudah Bernikah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Siti Elizad


Dalam akhbar tersebut menyatakan bahawa pelakon yang kini dilihat semakin meningkat selepas membintangi drama Teman Lelaki Upahan mengaku telah bernikah dengan pasangannya, Shamsul Baharin pada 11 Januari lalu pernikahan ini berlangsung atas permintaan bapanya

“Saya mengaku sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat saja. Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecohkan kerana dia kurang sihat,” ujarnya.
Menurut Elizad, dia memang berniat untuk mendedahkan tarikh sebenar bernikah pada satu majlis resepsi yang akan diadakan pada 11 April nanti namun tidak menyangka perkara ini telah bocor ke pengetahuan ramai terlebih awal.
“Jadi saya terpaksa dengan berat hatinya mengakui saya sudah bernikah. Saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini daripada semua,” tambahnya lagi.

Apapun, tahniah dan selamat penganti baru kepada pasangan ini semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat serta murah rezeki.

Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan