Rabu, 8 April 2015

Martin Odegaard Kini Hilang Arah

Martin Odegaard merupakan pemain paling muda di dunia yang bermain di Kejuaraan Liga Juara Juara Eropah setelah dibeli oleh Real Madrid. Odegaard yang kini bermain untuk pasukan kebangsaan Norway pada usia 16 tahun berdepan dengan masalah hala tuju kariernya selepas digugurkan dari Pasukan B Real Madrid setelah bergelut dengan isu tidak dapat menyesuaikan diri dengan anggota pasukannya yang baru sejak menyertai mereka.


Martin Odegaard Kini Hilang Arah, info sukan, bola sepak, MArtin Odegaard, Real Madrid


Odegaard telah mengejutkan seluruh dunia bolasepak Eropah sebelum ini apabila dia memilih Real Madrid daripada Liverpool dan  Manchester United sebelum ini. Namun disebalik semua itu, pemain muda Real Madrid kini berdepan dengan situasi membimbangkan apabila dikhabarkan bakal digugurkan dari Pasukan B iaitu Real Madrid Castilla yang diuruskan oleh bekas kapten Perancis, Zinedina Zidane.

Martin Odegaard yang dibeli dengan harga £2.3 juta juga merupakan pemain muda dengan gaji paling tinggi di dunia.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa rakan-rakan pasukannya tidak berpuashati yang Odegaard berpeluang berlatih bersama-sama skuad utama Real Madrid tiga kali seminggu dan kemudian diberi keutamaan untuk bermain berbanding mereka semua.

Mereka menggunakan peluang untuk menunjukkan yang mereka boleh menang tanpanya apabila Odegaard dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan Norway dalam perlawanan Kejohanan Negara-Negara Eropah menentang Croatia.

Mereka menang ketika ketiadaannya dan hujung minggu lalu mereka sekali lagi menang apabila Zidane meletakkan Odegaard di bangku simpanan.

Pengurus Pasukan B Real Madrid, Zidane kini terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar kerana beliau bakal menentukan sama ada untuk mengekalkan rentak dengan skuad yang ada atau membawa masuk Odegaard semula tetapi berhadapan dengan risiko.

Sumber : mstar online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan