Khamis, 9 April 2015

Warnakan Rambut, Hafiz Suip Dikritik

Hafiz Suip yang baru pulih dari masalah tulang belakang kini sekali lagi terpaksa melalui hari yang agak suram disebabkan oleh beberapa kritikan daripada orang ramai. Hafiz yang kini tampil dengan imej rambut yang baru setelah mewarnakan rambutnya telah mendapat tomahan ramai pihak


Warnakan Rambut, Hafiz Suip Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hafiz suip


Tindakan yang dibuat Hafiz itu berpunca dari rasa bosan disebabkan sudah terlalu lama dengan gaya rambut yang dianggapnya sudah lapok. Namun, tindakan beraninya itu bukan mendapat pujian malah dkritik ramai.

Menyedari akan perkara tersebut, Hafiz tidak mahu memberikan komen lanjut dan bertindak untuk berdiam diri kerana masyarakat lambat laun akan berhenti bercakap mengenainya.
    Saya menerima banyak tomahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang kata orang kerana apa yang terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja kerana saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri.

    Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan.


Warnakan Rambut, Hafiz Suip Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, hafiz suip


Percubaan awal Hafiz untuk mewarnakan rambutnya tidak berjalan dengan lancar dan terpaksa untuk diwarnakan buat kali kedua agar tampak lebih elok.
    Sewaktu saya balik ke Kuching tempoh hari, saya pergi ke salon untuk warnakan rambut tetapi hasilnya rambut saya jadi warna merah bukannya seperti warna yang saya mahu. Bila balik ke Kuala Lumpur, saya ke sebuah salon di Subang. Penggaya rambut di sana beritahu yang warna rambut yang saya inginkan susah nak dapat sebab rambut saya jenis rambut orang asia.

    Cuma ada satu cara saja iaitu rambut saya dibilas dan kemudian barulah diwarnakan semula dan akhirnya dapatlah warna ‘ash silver grey’.

Tapi bagi kami, tindakan Hafiz itu adalah perkara biasa kerana ramai lagi artis yang telah dulu mewarnakan rambut. Mungkin sudah lumrah manusia yang lebih suka menghakimi seseorang tanpa usul periksa. Atau mungkin kerana Hafiz yang sangat popular ini menjadi sebab belia dikritik...
 
Sumber Berita: Beautifulnara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan