Rabu, 1 April 2015

Ummi Nazeera Risau Kena Buka Tudung

Tahun 2015 boleh diibaratkan sebagi tahun bertuah bagi pelakon jelita ini yang kini sudah berhijab sepenuhnyai iaitu Ummi Nazeera,setelah hampir dua tahun tidak terlibat dalam dunia hiburan tanah air. 


Ummi Nazeera Risau Kena Buka Tudung, info, terkini, hiburan, sensasi, Ummi Nazeera

Ummi Nazeera atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin kini telah kembali aktif dan bersemangat untuk terlibat sama dengan rakan artis yang lain untuk memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.


Ummi Nazeera Risau Kena Buka Tudung, info, terkini, hiburan, sensasi, Ummi Nazeera


Walaupun telah berhijab sepenuhnya, Ummi bukan sahaja telah dikurniakan rezeki dalam bidang lakonan, malah beliau kini turut berjinak-jinak untuk mencuba nasib dalam dunia pengacaraan televisyen.
“Tidak dinafikan ada khabar angin mendakwa saya tidak mahu berlakon. Pada awalnya saya tidak buat keputusan untuk berhenti, cuma apabila mendapat tawaran, saya tolak. Saya tolak sebab belum bersedia dan waktu itu, saya tidak tahu nak cerita apa kepada produser yang sebenarnya saya sudah berhijab,” katanya.

Oleh kerana belum bersedia sepenuhnya untuk kembali ke dunia hiburan, Ummi telah mengambil langkah yang serius  untuk fokus dalam bidang perniagaan selain terus membantu ibunya yang juga sedang menguruskan syarikat miliki mereka.


Ummi Nazeera Risau Kena Buka Tudung, info, terkini, hiburan, sensasi, Ummi Nazeera

Apa pun bidang yang Ummi Nazeera ingin ceburi, diharapkan beliau sentiasa fokus dan tabah,  semoga terus maju dan berjaya.

Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan