Rabu, 1 April 2015

Harga Tambah-Nilai Prabayar Kekal Seperti Sebelum Ini

Sebahagian pengguna yang telah merasai kesan GST terhadap kenaikan harga sesetengah barangan  telah pun mula membuat perkongsian dan sebahagian lagi telah pun membuat aduan berkaitan dengan belian tambah-nilai yang telah pun dikenakan caj tambahan walaupun pihak berwajib iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan telah menyatakan harga jualan tambah-nilai prabayar kekal seperti biasa tanpa ada sebarang caj tambahan.


info, terkini, berita, ekonomi, GST, Kesat GST, kenaikan harga barang


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan juga telah meminta pengguna untuk membuat sebarang aduan mengenainya melalui talian rasmi di 1800-886-800.  KPDNKK juga pada masa yang sama turut menyatakan mereka telah pun menghantar kes berkaitan kepada Bahagian Penguatkuasa untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.


info, terkini, berita, ekonomi, GST, Kesat GST, kenaikan harga barang


Namun apa yang pasti, rata-rata penjual tambah-nilai prabayar di Malaysia telah pun meningkatkan harga jualan pada harga RM10.60 bermula hari ini untuk setiap tambah nilai berharga RM10 walaupun sebelum ini harga jualan pada harga RM10 bagi tambah nilai berharga RM10.

Pada dasarnya, kadar cukai GST dilaksanakan hanya untuk menggantikan kadar cukai SST yang dikenakan sebelum ini dan sepatutnya tiada kenaikkan harga yang akan berlaku untuknya. Namun, melalui halaman khusus GST yang disediakan oleh pihak telekomunikasi, mereka mengatakan harga jualan tambah-nilai prabayar sebelum ini tidak pernah menyertakan caj SST sebanyak 6%. Keadaan seperti ini telah menimbulkan banyak kekeliruan terutama kepada pengguna.


info, terkini, berita, ekonomi, GST, Kesat GST, kenaikan harga barang

info, terkini, berita, ekonomi, GST, Kesat GST, kenaikan harga barang

info, terkini, berita, ekonomi, GST, Kesat GST, kenaikan harga barang

info, terkini, berita, ekonomi, GST, Kesat GST, kenaikan harga barang


Sumber : amanz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan