Khamis, 2 April 2015

Rumah Penyanyi,Shikin Dhalan Hampir Musnah

Penyanyi dangdut iaitu Shikin Dhalan yang sangat sinonim dengan lagu-lagu dangdut hari ini dilanda detik yang sangat mencemaskan apabila menerima khabar yang kurang baik. Ini berikutan daripada bencana ribut yang melanda rumah keluarganya di Jelebu, Negeri sembilan.


Rumah Penyanyi,Shikin  Dhalan Hampir Musnah, info, terkini, hiburan,

Difahamkan rumah yang dihuni oleh ibu dan bapa serta  anak perempuan Shikin, Qistina Balqis yang berumur 10 tahun itu hampir musnah apabila dilanda bencana iaitu hujan ribut pada petang rabu.

Shikin atau nama sebenarnya Aishah Dahlan, 35, berkata, sebahagian besar bumbung rumah tersebut turut tercabut termasuk pada bahagian bilik menempatkan bapanya yang lumpuh sebelah badan akibat penyakit angin ahmar.
"Apabila diberitahu tentang kejadian itu perasaan saya jadi tidak menentu kerana bimbang keadaan bapa yang tidak mampu berjalan akibat strok.

"Alhamdulillah serpihan bumbung yang tercabut tidak terkena pada bapa saya yang berehat di dalam bilik berkenaan dan saya tidak dapat membayangkan sekiranya apa-apa berlaku kepada bapa jika bumbung itu menghempap dia," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi disini pada Khamis.


Rumah Penyanyi,Shikin  Dhalan Hampir Musnah, info, terkini, hiburan,
Sebahagian bumbung rumah berkenaan tercabut.


"Syukur sangat kejadian itu berlaku sebelum solat Maghrib kerana bumbung turut terbuka di ruang solat dan bayangkan jika ia berlaku semasa ibu saya sedang sembahyang, mungkin ia akan memudaratkan. Alhamdulillah dia selamat," ujarnya.

Dalam pada itu, Shikin berasa terhutang budi terhadap penduduk kampung yang datang ke rumahnya untuk menyelamatkan bapa dan ahli keluarga lain kerana mereka turut bimbang sesuatu terjadi kepada mereka.

"Jika tiada jiran terdekat yang datang membantu mungkin ada perkara buruk lain berlaku. Saya terhutang budi dengan mereka semua," katanya.


Rumah Penyanyi,Shikin  Dhalan Hampir Musnah, info, terkini, hiburan,
Antara kerosakan lain yang turut berlaku pada rumah yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan itu.


Bagaimanapun kata Shikin, meskipun sedih dengan kejadian menimpa keluarganya namun mereka reda dan menganggap perkara itu sebagai satu dugaan daripada Allah buat mereka.

"Banyak kenangan kami sekeluarga di rumah itu tetapi ini semua ketentuan Illahi dan paling penting semua selamat," jelasnya.

Shikin yang kini dalam cemas akan keselamatan ibu bapa dan anaknya di kampung sedang bersiap-siap pulang ke Jelebu untuk melawat ddan melihat sendiri keadaan keluarganya selain keadaan rumah tersebut.

Sumber : mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan