Rabu, 8 April 2015

Hafreez Malu Digosipkan Denagn Izreen Azminda

Nama Izreen Azminda sebelum ini menjadi hangat apabila beberapa gosip yang mengaitkan dengan pelakon Amar Baharin dan Nazrief Nazri tersebar. Ini berikutan daripada beliau sering berkongsi gambar mesra dengan pasangan berlakonnya di laman sosial yang telah menimbulkan kontroversi. 


Hafreez Malu Digosipkan Denagn Izreen Azminda, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, izreen azminda, hafreez adam


Terbaru, aktres yang memegang status ibu tunggal ini dikaitkan pula dengan pelakon baru iaitu Hafreez Adam. Mereka juga dikhabarkan sedang dalam proses mengenal hati budi masing-masing berikutan keakraban yang telah ditunjukkan.

“Sejujurnya, saya baru tahu gosip itu. Perkara itu hanya gosip sahaja. Saya sendiri tak suka bercerita perihal peribadi. Tetapi untuk isu ini, saya harus memberikan penjelasan. Saya rapat dengan Izreen kerana dia senior dalam dunia lakonan”

Hafreez Malu Digosipkan Denagn Izreen Azminda, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, izreen azminda, hafreez adam

“Saya rasa malu kerana gosip ini keluar. Ianya boleh mendatangkan perkara buruk dalam perhubungan kami sebagai seorang kawan. Saya sendiri tak mahu orang lihat saya sebagai pendatang baru yang mahu mengambil kesempatan”

“Pihak yang timbulkan isu ini pun tidak harus berbuat begitu. Saya juga bengang kerana apabila gosip ini keluar, reputasi Izreen sebagai seorang wanita terjejas. Kami hanya berkawan, tetapi orang lain salah tafsir” 

Hafreez Adam turut menjelaskan yang beliau  dalam masa yang sama turut simpati terhadap apa yang yelah menimpa rumahtangga Izreen sebelum ini.

Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan