Ahad, 12 April 2015

Zizan Razak Bakal Barkahwinan Untuk Elak Fitnah

Zizan Razak telah mengakui bakal bernikah pada Jun Tahun ini setelah dihimpit dengan pelbagai gosip dan kontroversi berkaitan dengan bekas kekasihnya Emma Maembong sebelum ini. Dan yang terbaru, Zizan juga telah didakwa artis yang bertanggungjawab keatas gosip pelawak 'kasanova'.


Zizan Razak Bakal Barkahwinan Untuk Elak Fitnah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Zizan

Mennurut Zizan, keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya ini bukanlah keputusan yang terburu-buru tapi disebabkan oleh faktor usia yang kini bakal mencecah 31 tahun pada April ini. 
“Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu”

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan”

“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.

Selepas beberapa kejadian yang menimpa dirinya, Zizan turut mendedahkan bahawa dia juga sangat  menderita dan tertekan dengan gosip dan kontroversi melanda dirinya sehinggakan beliau tidak mampu untuk memberikan dirinya runag bernafas dan berfikir dengan lebih tenang.

Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelihatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus.

Apapun, kami doakan agar keputusan Zizan kali ini akan melenyapkan semua gosip dan kontroversi yang melanda beliau. Doa kami agar terus tabah dan sabar menempuh dugaan sebagai seorang artis yang dinkenali ramai. 

Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan