Isnin, 6 April 2015

Hans Isaac Pertikai Kemenangan Shaheizy Sam di ABPBH 2014

Semalam kecoh pasal isu Johan mencium bibir isterinya, Ozlyn selepas diumumkan pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular. Kini, timbul pula isu pasal kemenangan Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular ABPBH2014.


Hans Isaac Pertikai Kemenangan Shaheizy Sam di ABPBH 2014. Shaheizy Sam, Hans Isaac, ABPBH2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Sebelum ini, Shaheizy Sam pernah menang dua kali berturut-turut anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian dan semalam merupakan kemenangan beliau baut kali yang ketiga. Namun disebalik kemenangan itu, ada cerita yang mempertikaikan kemenangan tersebut.

Terbaru, Hans Isaac telah memuatnaik status yang agak kurang baik untuk didengar terutama sekali buat pemenang tiga kali Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam.


Hans Isaac Pertikai Kemenangan Shaheizy Sam di ABPBH 2014. Shaheizy Sam, Hans Isaac, ABPBH2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

“Tahun Depan saya nak beli 300,000x 80sen suratkhabar dari BH &undi nama Awie utk menang artist Paling Popular. Tapi cakap fan club yg undi k”

Malah bukan Hans Isaac sahaja tetapi ramai lagi yang mempertikai kemenangan Shaheizy Sam. Ini kerana kemenangan tiga kali berturut-turut bunyi macam pelik dan ada sesuatu yang tidak kena lagi pula ada ramai lagi calon yang lebih layak untuk menang anugerah Bintang Paling Popular.

Lagi pun, kalau tidak silap perkiraan Sam dilihat tidak begitu menonjol pada tahun lalu dimana beliau cuma membintang satu filem sahaja. Disini ada lagik kenapa Hans Isaac berkeras untuk mempertikaikan kemenangan Sam.

Hans juga memuatnaik status dalam Insatgramnya yang berbunyi sindiran:-
    #sayingitasitis . And then send and pay 1000 people from a fan club with signs of awiessss name to screem he’s name when he goes on stage :) ( and name Awie itu contoh sahaja Ya) hope u get what I’m trying to actually say!

Hans Isaac Pertikai Kemenangan Shaheizy Sam di ABPBH 2014. Shaheizy Sam, Hans Isaac, ABPBH2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Namun demikian, diharapkan pertikaian seumpama ini tidak akan berterus dan tidak menjejaskan hubungan baik sesama artis. Ini kerana hiburan tanah kita bukanlah besar sangat kot-kot tanpa disangka akan bergandingan dimasa akan datang.

Sumber : gosipmalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan