Jumaat, 3 April 2015

Baim Wong Kembali Rapat Dengan Marshanda?

Seperti yang semua maklum, pelakon indonesia iaitu Baim Wong pernah dikaitkan dengan pelakon Elfira Loy dimana mereka dikhabarkan sedang hangat bercinta. Namun disebalik gosip itu, Elfira Loy yang sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki tidak pernah mengakui beliau sedang bercinta dengan Baim Wong.


Baim Wong Kembali Rapat Dengan Marshanda?, info, hiburan, sensasi, gosip, artis indonesia'

Sehubungan dengan itu,  timbul satu lagi cerita mengatakan Baim Wong sekarang sudah kembali solo dan kini sedang berusaha untuk mendekati bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon popular sinetron di Indonesia iaitu Marshanda.



Baim Wong Kembali Rapat Dengan Marshanda?, info, hiburan, sensasi, gosip, artis indonesia'

Marshanda sebelum ini pernah barkahwin dengan seorang jejaka namun jodoh mereka berdua tidak berpanjangan dan mengambil keputusan untuk bercerai pada November 2014. 


Dek kerana status hubungan yang masih samar-samar barangkali membuatkan sebuah laman portal gosip dan hiburan dari seberang iaitu Indonesia mengatakan bahawa aktor terkenal, Baim Wong yang bercinta dengan pelakon negara ini, Elfira Loy dikatakan tidak lagi menyulam cinta bersama.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan laporan mengatakan mereka bakal disatukan semula dalam sinetron terbaru. Buat masa ini mereka kembali berhubung melalui Whatsapp dan merapatkan semula hubungan selepas masing-masing berpisah ketika Marshanda membuat keputusan mengahwini bekas suaminya itu dulu.

“Memang kami suka Whatsapp-an. Soalnya kami syuting bareng lagi. Dia senang kami syuting bareng lagi,” ungkap Marshanda dipetik  dari Liputan6, tengahari tadi.

Dalam kenyataan Marshanda, dia mengambil keputusan untuk kembali rapat dengan Baim, namun ia bukannnya bertujuan untuk memenangi semula hati pelakon itu tetapi lebih kepada hubungan profesional karena akan bergandingan bersama dalam sinetron tidak lama lagi.

Marshanda mengatakan, kalaupun dirinya saat ini terlihat dekat dengan Baim itu juga disebabkan dia dan Baim ingin mendapatkan chemistry dalam sinetron yang mereka bintangi. Ini merupakan cara mereka mencari keserasian pada awal saat digandingkan bersama.

Jika dilihat pada kenyataan Marshanda, ada kemungkinan mereka berdua akan menyulam cinta tambahan pula mereka sekarang dikhabarkan akan bersatu dalam sinetron yang bakal menjalankan penggambaran tidak lama lagi. 

Sumber : murai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan