Rabu, 1 April 2015

Punca Pelakon Ramona Zamzam Pilih Lelaki Dari Palestin

Pelakon Ramona Zamzam yang pernah menghangatkan industri hiburan tanah air dengan pelbagai gosip dan kontroversi dimana salah satunya adalah beliau dituduh sebagai perampas oleh sesetengah pihak.


Pelakon Ramona Zamzam Pilih Lelaki Dari Palestin, info, terkini, hiburan, sensasi, Ramona Zamzam

Ramona Zamzam atau nama penuhnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, dikhabrakan telah menemui jejaka pilihan hati dimana jejaka bertuah ini bukanlah dari kalangan bangsa melayu tetapi berasal dari Palestin, iaitu Rami Alshkar.

Dan dikhabarkan juga pasangan ini bakal bernikah pada 15 Mei tahun ini yang mana cuma berbaki sebulan 15 hari lagi. Ramona dan Rami yang kini sama-sama menghitung hari menjelang hari istimewa mereka bakal diijabkabulkan tanpa melangsungkan majlis pertunangan.
“Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang”

“Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama”

“Saya tidak akan mengadakan sebarang sidang media dan untuk majlis akad nikah, ia akan diadakan secara tertutup. Sebab saya rasa, saya bukan popular tapi saya bersedia berkongsi hari bersejarah saya bersama media, andai ada media yang mahu membuat liputan untuk majlis itu nanti,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Selain daripada itu , Ramona juga memberitahu sebab dia memilih jejaka dari luar negara kerana sudah serik berkawan dan bercinta dengan lelaki tempatan. Berbeza dangan Rami,  Ramona menjelaskan Rami mempunyai sikap yang bersesuain dengan jiwanya selain  membuatkan dia selesa bersama jejaka berusia 27 tahun itu.

Ramona berkata, majlis resepsi akan diadakan pada Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak, diikuti resepsi di Kuala Lumpur pada September.
“Kalau ikutkan saya memang mahu adakan majlis akad nikah sahaja kerana itu yang wajib. Tapi memandangkan saya anak sulung, jadi keluarga mahu adakan resepsi di kampung halaman dan majlis di Kuala Lumpur untuk kedua belah pihak,” katanya.


Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan