Khamis, 2 April 2015

Pelakon Veteran Delimawati Terlibat Kemalangan

Sebelum ini kecoh pasal berita yang menimpa pengacara popular Awal Ashaari yang terlibat dalam kemalangan di Melaka. Terbaru,  pelakon Delimawati pula terlibat dalam kemalangan di lebuh raya berdekatan Rembau, walaubagaimana pun, beliau dikhabarkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan baik.

Pelakon Veteran Delimawati Terlibat Kemalangan, info, terkini, hiburan, sensasi, Delimawati kemalangan

Ketika kejadian, pelakon yang terkenal dengan watak dalam filem  Hantu Kak Limah Balik Rumah sedang dalam perjalanan dimana kereta dipandu oleh adik lelaki beliau  tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan terlanggar lori akibat keadaan yang agak licin selepas hujan lebat.
“Benda sudah nak jadi sedangkan adik saya memandu perlahan sahaja ketika itu. Brek juga seperti tak makan hingga lori yang dirempuh terbalik. Dalam usaha mengelak daripada keadaan menjadi teruk, kereta kami terlanggar pembahagi jalan”

“Alhamdulillah keadaan saya dan dua orang adik lelaki saya baik sahaja. Malahan pemandu lori berkenaan juga terselamat biarpun keadaan lorinya agak teruk kesan dilanggar dan terbalik,” katanya yang menjelaskan ketika itu beliau dan dua adiknya dalam perjalanan pulang ke Puchong.

Menurut Delimawati, beliau juga telah membuat laporan polis berhubung insiden itu dan kereta terbabit juga dalam proses dihantar ke bengkel oleh adiknya.

Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan