Khamis, 9 April 2015

Malang Nasib Peragut Berbadan Gempal

Kejadian kes ragut yang kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini menimbulkan rasa takut dan seram dikalangan masyarakat. Dan yang lebih menyedihkan apabila peragut menjadikan wanita warga emas sebagai mangsa kekejamnya untuk mendapatkan wang atau barang berharga dengan cara pantas. 


Malang Nasib Peragut Berbadan Gempal, info, terkini, berita, kes ragut,

Terbaru berlaku di Sri Petaling dimana dua orang lelaki cuba meragut seorang wanita warga emas namun percubaan itu berjaya dipatahkan oleh orang awam yang berada berhampiran dengan kejadian tersebut.

Tindakan wanita mangsa ragut cuba untuk menjerit sambil meminta pertolongan telah membuatkan orang awam mengejar dan menangkap kedua-dua suspek. Salah seorang daripadanya berjaya ditangkap, manakala rakannya yang berbadan kurus berjaya meloloskan diri dari orang awam.


Suspek yang berbadan gempal itu bagaimanapun tidak dibelasah, sebaliknya orang awam menyerahkan tindakan selanjutnya pada pihak polis.

Makluman kepada semua, jangan biarkan ahli keluarga anda keluar berjalan seorang diri kerana banyak kejadia-kejadian yang tidak diingini berlaku disekeliling kita.

Sumber : sportmusang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan