Khamis, 2 April 2015

Sarimah Ibrahim Selamat Bergelar Isteri

Hanya dengan sekali lafaz, Sarimah Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang juga merupakan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.


Sarimah Ibrahim Selamat Bergelar Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, Sarimah Ibrahim, Majlis Nikah Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie


Pasangan itu telah dinikahkan oleh jurunikah dari Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dan disaksikan wali-bapa Sarimah, Ibrahim Ahmad. Majlis akad nikah Sarimah dan Tunku Jamie  yang berlangsung di Hotel Prince KL bertemakan tradisional dan kemelayuan.

Dalam majlis pernikahan tersebut, pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama kepada pengantin lelaki. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.

Sarimah Ibrahim Selamat Bergelar Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, Sarimah Ibrahim, Majlis Nikah Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie

Jika diimbau kisah percintaan mereka, Sarimah dan Jamie telah berkenalan selama sembilan bulan sebelum memutuskan untuk bertunang pada 27 September tahun lalu.. Dan perkahwinan ini juga merupakan perkahwinan mereka yang kedua setelah Sarimah bercerai pada penghujung Disember 2008 dengan Amir Andrew Abdullah iaitu jejaka yang berasal dari Australia.

Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan 13 bulan lalu.
Sarimah Ibrahim Selamat Bergelar Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, Sarimah Ibrahim, Majlis Nikah Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie

Sarimah Ibrahim Selamat Bergelar Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, Sarimah Ibrahim, Majlis Nikah Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie

Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan