Selasa, 7 April 2015

Neelofa Jawab Isu Tidak Salam Lelaki Tapi Salam Micheal Ang

Pasti ramai yang dah tahu pasal tindakan Neelofa mengelak dari bersalaman dengan seorang lelaki pada malam Anugera Bintang Paling Popular Berita Harian Ahad lalu. Tidak kurang juga yang memuji tindakan Neelofa untuk tidak menyambut tangan seorang lelaki yang ingin bersalaman.


Neelofa Jawab Isu Tidak Salam Lelaki Tapi Salam Micheal Ang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, neelofa


Ini pula komen yang diberikan oleh Neelofa (Metro):-

Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum.

Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula.

Malah, apabila ia mula kecoh diperkatakan di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu.

Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah Meletop tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC (Mizal) mengundang kritikan ramai.

Bermula dari kejadian itu saya cuba jaga adab dan hukum itu. Tidak dinafikan kecuaian itu mungkin berlaku tapi saya berusaha untuk memperbaiki. Jadi pada malam itu saya sengaja tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahram ketika diumumkan menang.

Namun disebalik pujian yang diberikan, terdapat juag segelintir yang mempersoalkan tindakan Neelofa untuk tidak besalaman dengan seorang lelaki pada malam ABPBH 2014 itu kerana Neelofa bersalaman pula dengan Micheal Ang.

Selain itu, Neelofa juga memberi komen isu bersalaman dengan Micheal Ang:-

Sebenarnya Neelofa tidak sengaja dan akui terdapat kecuaian di pihaknya, maklumlah masih sedang dalam proses pembelajaran.
Apapun Tahniah diatas kemenangan Neelofa pada malam itu dan diharap apa yang terjadi akan membuatkan beliau lebih peka akan batas-batas seorang muslimah terhadap orang yang bukan muhrim.

Sumber : ohkisahnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan