Isnin, 13 April 2015

Farid Kamil Akhirnya Bersuara Isu Aksi Diana Danielle

Setelah sekian lama ditanya dan diajukan dengan soalan berhubung gambar dan video yang dikaitkan dengan isterinya Diana Danielle, Farid Kamil akhirnya bersuara dan memberikan komennya iaitu 'Terkilan'.


Farid Kamil Akhirnya Bersuara Isu Aksi Diana Danielle, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Diana Danielle, Farid Kamil



Hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari mulut Farid setelah diminta untuk mengulas isu aksi isterinya yang juga seorang pelakon popular. Sebelumnya, foto Diana yang dikatakan keterlaluan dalam sesi fotografi untuk salah satu majalah terkemuka.

Pada Mac lalu, Diana mengejutkan industri hiburan dengan aksi beraninya bergaya untuk sebuah majalah gaya hidup lelaki. Aksi tersebut memperlihatkan dia dalam keadaan seksi termasuklah gayanya tampil bercoli sambil membaluti badannya dengan bendera Amerika Syarikat.

Menurut malaysiandigest, ketika ditemui dalam sesi tayangan media filem Abang Lejen, Farid juga enggan mengulas mengenai tindakan berani Diana yang telah mencetuskan banyak gosip dan kontroversi selain menjelaskan soalan sedemikian perlu diajukan kepada pengurusan Diana sendiri iaitu Prokuya Sdn Bhd yang juga syarikat milik Fadzil Zahari.
"Saya tidak mahu komen tentang perkara tersebut kerana isu itu sepatutnya diajukan kepada pihak artis berkenaan iaitu Prokuya Studio.

"Sebagai suami, saya tidak mahu mencampur-adukkan soal peribadi dan kerjaya.

"Apa yang saya boleh katakan ia satu situasi atau 'hybrid problem' iaitu satu situasi yang tak pernah dialami.

"Ini mungkin salah satu dugaan dan ujian saya sebagai seorang artis. Saya hanya mampu berdoa untuk semuanya baik-baik saja," katanya.





Ini bukan pertama kali Diana mencuri perhatian umum gara-gara kontroversi ini kerana selepas kontroversi gambar bercoli, Diana sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila satu video yang dimuatnaik dalam youtube dimana beliau telah menggayakan beberapa busana yang agak terdedah.


Sumber : malaysiandigest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan