Selasa, 7 April 2015

Atilia Kesal Produksi Tak Hirau Masalah Mikrofonnya

Malam  Ahad lalu telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dimana pelakon Shaheizy Sam telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk kali yang ketiga. Namun disebalik kemeriahan pada malam itu, beberapa insiden telah berlaku yang disebabkan oleh masalah teknikal.


Atilia Kesal Produksi Tak Hirau Masalah Mikrofonnya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ABPBH2014

Terbaru, penyanyi Atilia meluahkan rasa kesalnya terhadap kru teknikal yang terlibat kerana tidak peka dan peduli dengan masalah yang dialaminya ketika membuat persembahan di atas pentas bersama ibunya.

Atilia bersama ibunya, Salamiah Hassan telah berduet untuk mendendangkan sebuah lagu di atas pentas namun tiba-tiba mikrofon yang dipegangnya tidak berfungsi dengan baik dan terpaksa berkongsi mikrofon dengan ibunya.


Atilia Kesal Produksi Tak Hirau Masalah Mikrofonnya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ABPBH2014


Atilia atau nama sebenarnya Atilia Haron, 41, berkata, dia kesal perkara yang seharusnya diambil serius dalam acara besar itu dilakukan sambil lewa oleh pihak produksi sehingga mencacatkan persembahan mereka.
"Secara jujurnya memang saya rasa terkilan kerana produksi tidak ambil berat tentang masalah teknikal seperti itu sehingga menjejaskan persembahan kami.

"Bukan senang saya dan mama dapat buat persembahan di pentas seperti itu, sesekali dapat begini pula jadinya. Sudah tentu saya sangat kecewa, saya kasihankan mama yang benar-benar teruja untuk beri persembahan terbaik malam itu." ujarnya kepada mStar Online.

Apa yang lebih mengecewakan Atilia apabila tiada siapa pun yang bertindak menyelamatkan keadaan dengan memberi mikrofon lain kepadanya untuk meneruskan nyanyian sehingga memcacatkan persemabahannya pada malam itu.

"Mereka terlupa on mikrofon saya kerana ketika itu ada enam mikrofon yang digunakan, bila mereka sedar perkara itu, mereka takut untuk hidupkan salah satu kerana takut tersilap mikrofon lain di belakang pentas.

"Saya faham tentang itu, tetapi sepatutnya ada yang menyelamatkan keadaan memberi mikrofon lain kepada saya, tetapi tidak seorang pun yang peduli," ujarnya.

Namun begitu, Atilia tetap rasa terharu dengan komen dan sokongan peminat yang menganggap tindakannya menyelamatkan keadaan dengan berkongsi mikrofon bersama ibunya sebagai profesional.
"Alhamdulillah persembahan itu tidak menerima kritikan, malah ada yang anggap kami sweet kerana berkongsi mikrofon. Namun saya berharap selepas ini pihak penganjur perlu ambil berat tentang perkara itu.

"Jangan teralu ambil remeh tentang perkara melibatkan teknikal kerana ia boleh mencacatkan keseluruhan majlis," ujarnya.

Diharapkan, pihak penganjur akan lebih peka dengan perkara sebegini kerana ia akan mencacatkan sesuatu majlis apatah lagi dalam majlis yang boleh dikatakan sebagai pentas yang berprestij ini. 

Ucapan tahniah juga kepada para pemenang ABPBH2014.


Sumber : mstar online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan