Ahad, 5 April 2015

Tun Mahathir Gesa Najib Letak Jawatan

Sebelum ini banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan sistem pentadbiran yang diterajui oleh Perdana Menteri kita, Najib Razak. Dan antara isu yang membuat Tun Mahathir membuat kritikan tidak lain tidak bukan berkaitan misteri pembunuhan model Mongolia iaitu Altantuya Shariibuu dan juga isu  pemberian BR1M.


Tun Mahathir Gesa Najib Letak Jawatan, info, terkini, berita, Tun Mahathir, Najib Razak, UMNO, BN,

Selain itu, Tun M juga mempertikaikan penubuhan syarikat 1 MDB yang didakwa tidak mendatangkan kebaikan malah menyusahkan rakyat. 

Terbaru, Tun M mempertikaikan perlaksanaan cukai GST yang mana terbukti membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang berikutan cukai 6% yang perlu dibayar di semua peringkat. 

Terkini, Tun Mahathir dengan secara terbuka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan demi menyelamatkan negara dan Umno.

Beliau berkata prestasi Najib sebagai Perdana Menteri lebih teruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya Umno mahu diselamatkan sudah tiba masanya untuk menukar kepimpinan parti itu. Siapa yang akan menggantikannya terpulang kepada Umno tetapi beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kepimpinan 'What Youth Should Know' di sini Sabtu.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sudah melepasi tempoh senyapnya dan perlu lantang bersuara kerana reputasi negara di peringkat global semakin buruk semasa di bawah pemerintahan Najib.

"Saya tidak marah. Saya hanya fikirkannya demi negara kita. Saya berdiam diri sejak beberapa tahun tetapi sekarang saya sudah melepasi tempoh senyap saya.

"Negara kita terkenal sebagai salah sebuah negara yang memiliki pentadbiran yang baik. Tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang akhbar luar negara melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara paling korup," katanya.

Antara isu yang dibangkitkan adalah hukum hudud, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan hubungan antara kaum.


Sumber : mstar online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan