Selasa, 7 April 2015

Kutipan Filem Fast & Furious 7 Pecah Rekod Baru

Filem Fast & Furious 7 ini telah mula ditayangkan diseluruh dunia sejak 2 April lalu dan yang yang mengejutkan filem ini telah berjaya mengutip RM520 juta dalam masa seminggu dan kutipan tersebut hanya untuk tayangan di Amerika sahaja sekali gus memecahkan rekod kutipan box office  yang dipegang oleh Filem Captai America: The Winter Solider iaitu RM346 juta.


Kutipan Filem Fast & Furious 7 Pecah Rekod Baru, info, terkini, filem hebat, Fast & Furious 7,

Kutipan untuk seluruh dunia selepas seminggu ditayangkan, filem"Fast & The Furious 7 " ini telah mengutip sebanyak RM 1.4 Billion setakat ini.

Dengan mengekalkan pelakon dalam hampir setiap siri termasuk Dwayne 'The Rock' Johnson telah menjadikan siri filem "Fast & The Furious" ini antara jenama paling terkenal di Hollywood.

Selain itu, "Furious 7" ini juga merupakan penampilan terakhir aktor Paul Walker yang merupakan salah seorang pelakon utama sejak dari filem pertama lagi selepas beliau meninggal dunia dalam kemalangan ngeri  pada tahun 2013 yang pada ketika itu penggambaran "Furious 7" masih berjalan.

Walaupun demikian, penggambaran filem ini tetap diteruskan sepertimana watak Paul Walker juga dikekalkan walaupun pada hakikatnya ada sesetengah aksi menggunakan khidmat adiknya.

Sumber : tupai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan