Selasa, 7 April 2015

Punca Sharnaaz Ahmad Tidak Puas Hati Di ABPBH2014

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad telah menimbulkan kontroversi di ABPBH2014 apabila pakaian yang digayakan menyerupai pakaian tentera dan ditambah pula dengan pingat yang ditampal pada pakaian Sharnaaz.


Punca Sharnaaz Ahmad Tidak Puas Hati Di ABPBH2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Sharnaaz Ahmad

Terbaru, pelakon kontroversi yang juga pemenang Artis Paling Kontroversi ini meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kekalahannya dalam perebutan anugerah kategori Pelakon Lelaki TV Paling Popular ABPBH2014.

Ini pula komen yang diberikan oleh Sharnaaz:-

"Saya tidak redha. Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela jika kalah dengan Amar Baharin.

"Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu bukan atas wang ringgit," katanya kepada Malaysian Digest.

Beliau juga menjelaskan bahawa walaupun dia seorang yang sukar untuk memenangi anugerah, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.
"Sejak hari pertama dalam industri saya tahu yang saya bukan memabwa diri saya sebagai seorang pelakon anugerah.

"Saya anti anugerah. Maksudnya, saya memang susah hendak menang satu-satu anugerah. Itu sesuatu yang sangat sukar untuk diri saya tapi itu semua tidak mematahkan semangant saya untuk terus berkarya."

Sharnaaz berkata dia terkejut apabila dipilih sebagai pemenang bagi kategori 'online' sebagai Artis Paling Kontroversi.
"Sewaktu dapat tahu yang saya menang kategori paling kontroversi, saya terkejut sebab selalunya kategori ini perempuan yang biasa menang.

"Tapi saya gembira dengan trofi yang diberikan walaupun saya tahu gelaran paling kontroversi itu sebenarnya tidak bagus untuk reputasi saya apatah lagi jika artis itu menggalas tanggunjawab sebagai duta apa-apa produk."

Tambah Sharnaaz lagi, sebab itu dia melantik diri sendiri untuk menjadi duta untuk produk kesihatannya Turbolicious.

Kepada Sharnaaz, teruskan usaha dan fokus pada bidang yang diceburi pastikan akan membuahkan hasil dikemudian hari. Mungkin rezeki anda pada ABPBH2014 belum tiba.

Sumber : tupai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan