Isnin, 13 April 2015

Pembantu Rumah Filipina Dir0g0l Anak Majikan Minta Tolong Di Facebook

Semalam heboh di laman sosial pasal satu video yang dimuatnaik dalam laman sosial Facebook dimana seorang pembantu rumah bernama Abby Luna menggunakan Media Sosial Facebook  untuk meminta pertolongan.


Abby Luna, Viral, ingo, terkini, berita, sensasi, bahrain, kes dera pembantu rumah

Dalam video yang berdurasi  3 minit 2 saat itu, Abby Luna yang bekerja sebagai pembantu rumah di Bahrain dalam keadaan menangis memberitahu yang dia perlukan pertolongan dengan segera kerana tidak tahan dengan perangai anak majikannya yang sering memperkosanya.

Selain diperkosa, Abby Luna juga memberitahu yang dia juga diugut oleh anak majikannya ynag juga seorang penagih dahah dengan ancaman bunuh jika dia memberitahu kejadian itu kepada sesiapa pun.

Menurut Abby, dia pernah mengadu dan memberitahu kejadian itu namun tidak diendah sebaliknya dipersalahkan. Majikannya juga memberitahu jika Abby ingin kembali ke negara asalnya, dia terpaksa  tunggu untuk 2 bulan lagi dan sekiranya tidak mampun menunggu dalam tempoh tersebut, Luna terpaksa pulang ke negara asalnya dengan kos sendiri dengan alasan beliau belum tamat perkhidamatan atau tamat kontrak.

Abby juga menjelaskan, seminggu sebelum dia dihantar pulang dia dijanjikan dengan pemeriksaan doktor dan jika dalam masa seminggu dia disahkan mengandung proses pengguguran akan dilakukan.

Atas keprihatinan pengguna laman sosial terutama Facebook untuk berkongsi video tersebut, video tersebut telah sampai ke pengetahuan Kedutaan Filipina yang berpengkalan di Bahrain. Susulan daripada tindakan pantas  yang dilakukan oleh pihak Kedutaan Filipina, akhirnya Abby Luna berjaya diselamatkan pada hari yang sama.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, majikan Abby tetap tidak mengakui dakwaan Abby terhadap anaknya sekali gus menafikan semua dakwaan Abby kepada penagih dadah itu. Semoga dengan kejadian ini, pihak kedutaan terus berkerja keras untuk memastikan kebajikan dan keselamatan pekerja di negara asing.


Abby Luna, Viral, ingo, terkini, berita, sensasi, bahrain, kes dera pembantu rumah
Sumber : oomedianetworkdot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan