Rabu, 1 April 2015

Damian VE Mahu Fynn Jamal Berhenti Menyanyi?

Kecoh peminat-peminat penyanyi Fynn Jamal apabila salah seorang anggota kumpulan VE memuatnaik status di akaun Twitternya dimana status itu kedengaran seperti mempertikaikan kebolehan Fynn Jamal dalam bidang nyanyian. 

 
Damian VE Mahu Fynn Jamal Berhenti Menyanyi?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Damian VE, Fynn Jamal



Sehubungan dengan status itu, Damian VE telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat namun penyanyi ini bijak menangani perkara tersebut tanpa didorong komen balas berbaur emosi.


Dalam kemaskini Twitter beliau pada 28 Mac lalu, Damian telah menyatakan pendapat jujurnya mengenai Fynn Jamal dan memberi nasihat agar penyanyi yang popular dengan gelaran Kok Ping di kalangan peminatnya itu agar berhenti menyanyi.


Damian VE Mahu Fynn Jamal Berhenti Menyanyi?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Damian VE, Fynn Jamal


“Saya mungkin tak bersependapat, tapi saya tetap support usaha kalian. Support bukan mengampu je memanjang. Support kena jujur demi kemajuan,” katanya di dalam kemaskini Twitter yang lain.

Selain itu, Damian juga menafikan tujuan teguran itu adalah untuk memulakan perdebatan dan menjelaskan perkara tersebut kepada peminatnya di Twitter. 

Apa yang pasti, teguran Damian itu telah menimbulkan reaksi negatif dikalangan peminat walaupun beliau telah menyatakan yang teguran tersebut adalah jujur dari lubuk hatinya dan tidak ada maksud untuk menjatuhkan maruah seseorang.

Sumber : rotikaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan