Jumaat, 3 April 2015

Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City, Budak 6 Tahun Maut

Itulah yang dikatakan malang tidak berbau apabila kanak-kanak perempuan yang baru berusia 6 tahun maut apabila terjatuh dari tingkat dua di Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur petang tadi.


Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City, Budak 6 Tahun Maut, info, terkini, berita, tergempar


Kemalangan yang menimpa budak tersebut telah menggemparkan pengunjung-pengunjung pusat membeli-belah berkenaan selain menjadi bahan bualan  netizen setelah  gambar kejadian tersebar  di laman sosial.

Berdasarkan komen, ada yang mengesahkan kejadian berkenaan dan tampil dengan pelbagai ‘fakta’ seperti mendakwa kanak-kanak tersebut berusia 6 tahun, terjatuh ketika berebut wang untuk membeli aiskrim.



Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City, Budak 6 Tahun Maut, info, terkini, berita, tergempar


Bagaimanapun setakat ini, kami dapati belum ada laporan rasmi disiarkan berkaitan kejadian tersebut.

Boleh dikatakan semua yang mengetahui kejadian ini menlahirkan rasa simpati terhadap apa yang belaku walaupun namun pada masa sama ada juga dikalangan mereka yang mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.


Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City, Budak 6 Tahun Maut, info, terkini, berita, tergempar

Selain itu, ada juga yang melahirkan rasa kecewa terhadap  struktur dan reka bentuk pusat beli-belah di samping berkongsi cerita dimana ada yang mendakwa kompleks beli belah tersebut dikatakan memang agak ‘bahaya’ buat kanak-kanak jika tidak dipantau teliti.

Apa-apa pun, perkara telah pun berlaku dan semoga insiden ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat para ibu bapa dalam menjaga anak-anak di mana jua anda berada.



Sumber : mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan