Isnin, 6 April 2015

Johan Jawab Isu Cium Mulut Isteri

Seperti yang semua maklum, semalam telah berlangsung majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH2014 ) dimana 15 Anugerh Utama dan 6 Anugerah Online telah diumumkan.


Johan Jawab Isu Cium Mulut Isteri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Johan dan Ozlyn

Apa yang paling menarik perhatian pada malam tersebut, aksi pemenang bagi kategori Radio Lelaki Popular Berita Harian 2014 iaitu Johan dengan isterinya Ozlyn. Sejurus diumumkan kemenangan, Johan secara sponton telah mencium bibir isterinya dikhalayak orang ramai tanpa rasa segan dan malu.

Namun aksi sponton Johan itu telah mengejutkan rata-rata penonton yang menyaksikan termasuk yang menonton dirumah. Sehubungan dengan itu, ramai yang telah memberikan komen dengan tindakan Johan itu.

Setelah disoal dengan tindakan itu, ini jawapan Johan:-
"Saya rasakan tidak boleh bercium di tempat awam jika belum berkahwin. Untuk saya tiada masalah, kerana saya sudah berkahwin. Dia isteri saya, apa-apa perkara yang terjadi, dia orang pertama yang akan tahu. Dialah orang pertama yang saya harus sambut bersama jika saya memperoleh apa-apa kejayaan," kata Johan.

Ketika ditanya adakah reaksi yang dilakukan itu adalah tindakan spontan selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah bagi kategori tersebut, Johan menjawab persoalan itu dengan satu contoh.
"Saya akan berada 24 jam bersama dia, jadi jika saya rasa gembira atau sebaliknya, saya akan pandang dia. Saya beri contoh, jika saya makan burger, jika saya rasa ada bahagian burger yang saya sedang makan merupakan bahagian yang paling sedap, saya akan berikan kepadanya. Saya memang kongsi semua perkara dengan dia," ujarnya lagi.

Bersyukur dengan anugerah yang diterimanya, Johan merasakan yang kemenangan yang diraihnya ini membuatkan dirinya rasa dihargai oleh pendegar dan peminatnya di luar sana.
"Alhamdulillah, kemenangan ini membuatkan saya rasa dihargai oleh semua pendengar dan peminat saya. Saya hanya wakil untuk mengambil anugerah ini kerana ini adalah hasil usaha mereka. Terima kasih kepada isteri saya, keluarga dan para penyokong yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan buat saya dalam bidang seni," kata Johan mengakhiri perbualan.

Bagi pendapat saya, mungkin tindakan Johan itu agak keterlaluan kerana walaupun mereka adalah pasangan suami isteri yang sah tindakan sebegitu tidak perlu dipertontonkan kepada orang ramai.

Sumber : murai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan